"Saya suka awak." Kata-kata ringkas
dari bibir nya yang membuatkan Natasya terpaku diam seketika. Bagaikan
kurang percaya dengan apa yang diluahkan sebentar tadi. "Entah ya, entah
tidak. Adakah sekadar ucapan dari bibir atau kata dari hati yang ikhlas
diluahkan buatku." Bebel Natasya dalam hatinya.
"Saya suka awak. Awak dengar tak ni?" Ucap Zaiful.
"Jadi? kalau awak suka saya, apa perlu saya buat? " Soal Natasya.
"Awak suka saya tak? " Soalan
perangkapkah ini? Natasya tertanya-tanya dalam diri. Adakah Zaiful
benar-benar inginkannya, atau hanya sebagai tempat melepas rasa selepas
diri ditinggalkan kekasihnya. Natasya hanya mendiamkan diri.
*****************************************
"Andai saya terima awak. Tapi apakah jaminan awak yang ini bukannya satu penipuan?"
"Penipuan?"
"Lelaki. Semua sama sahaja, bila
mahu terkejar-kejar, bila dah jumpa yang lebih baik, jangankan sejuta
tahun kebaikan diingat, tapi untuk menolak, hanya kerana sepalit hitam
pun bisa dijadikan alasan. " Balas Natasya.
"Saya ikhlas. Saya tiada dapat
berjanji, kerana hati itu biarpun di tubuh saya , tapi ALLAH yang
memegang kuncinya, sayang dan cinta walau mulut mudah berkata, tapi
ALLAH yang izinkan perasaan itu, tapi, andai kata sekarang awak bertanya
pada saya, saya ingin sekali katakan yang saya mahu awak menjadi isteri
saya. Sudikah awak mengahwini saya?"
Natasya terus terkedu.
Subhanallah. Tiada pernah dia berjumpa lelaki sebegini
straight-to-the-point. Meluah kata berdepan tanpa berselindung. Tak
macam lelaki diluar sana yang berselindung disebalik mulut manis,
seandainya satu hari nanti tiada lagi madunya, tertinggallah ia sepah
dibuang.
"Sudikah awak menjadi isteri
saya Natasya? Jika awak sudi, maka akan saya hantarkan kedua ibu bapa
beserta rombongan menemui keluarga awak supaya kita bisa
diijabkabulkan."
"Awak biar betul? Awak baru kenal saya, takkan semudah ini awak meminta untuk bersama saya? "
"Sepertimana saya katakan tadi,
hati walau ianya adalah ditubuh saya, tapi perasaan itu milik ALLAH, dan
cinta, adalah anugerah terindah untuk hambanya yang bergelar manusia,
saya yakin benar dengan apa yang ditakdirkan buat kita ni."
"Kahwin tanpa cinta? "
Zafrul
tergelak. "Cinta itu dipupuk, sayang itu boleh dibaja. Mungkin bagi
sesetengah orang ianya menghairankan, tapi tiada yang pelik bila
berkaitan soal hati ni kamu, ALLAH yang berikan semuanya, dan dia
jugalah yang berkuasa menariknya. Janganlah kerana masyarakat kini
mengejar nya kerana takutkan akan kahwin dengan yang tak dikenali tapi
tiada janji yang hubungan itu kekal selamanya bukan? Pilihlah cinta pada
ALLAH nescaya dia kurniakan kita dunia yang cintakan kita." balas
Zafrul. Panjang lebar, tapi penuh dengan pengertian mendalam yang
membetulkan fikiran Natasya mengenai cinta.
*****************************************
Setelah berfikir selama beberapa
hari, mereka bertemu lagi, kali ini Natasya terus kepada jawapan pada
persoalan yang diluahkan Zafrul tempoh hari.
"Saya terima, tapi saya ingin mencapai cita-cita saya dahulu. Adakah awak akan menunggu saya? "
"Andai telah dijodohkan kita,
tiada yang bisa menghalang kita dari bersama, kerana sudah tertulis di
luh mahfuz tentang siapa yang bakal bersama kita awak. Saya pegang
kepada perkara itu. "
"Terima kasih awak. Saya janji akan setia dengan awak. Walau sejauh mana pun saya pergi."
"Awak, jangan berjanji. Cukuplah
sekadar awak fikir untuk menunaikannya didalam hati. Tak manis bukan
kita berjanji kerana kita tak tahu pun apa bakal jadi di masa hadapan,
katakan ianya tidak berjaya ditunaikan, bukankah itu satu kezaliman buat
insan yang memegang kepadanya? " Zafrul mengingatkan.
"Baik awak. Terima kasih awak. Terima kasih sangat. saya akan ingat pesanan awak tu. "
*****************************************
Kata sudah dirungkai, walau
janji belum dicapai, namun, ianya bagaikan kata bersemangat penuh kuasa
yang memberikan keduanya kekuatan untuk menunggu tahun-tahun mendatang.
Zaiful sedang bersiap untuk berlepas ke luar negara, dia ada tugasan
luar negara yang perlu dia hadiri. Sambil-sambil lidah menyanyi-nyanyi
lagu Imran Ajmain yang dipasangnya.
Dia tersenyum sendiri bila
menyanyi di bait "Kini kau bersayap, pergilah terbang , Rentaslah langit
cita cita mu , Harap nanti kita 'kan bertemu ", baginya kata-kata ini
punya persamaan yang tepat untuk hubungan dia dan Natasya. Sayap untuk
terbang, mencapai cita yang ingin dikota sejak sekian lama, dan didalam
hati berharap nanti akan bertemu, dan menunaikan kata yang ingin sekali
dikota.
*****************************************
03 March 2009
1 Email received.
Natasya pantas mencapai tetikus
miliknya. Digerak-gerakkan menemui email yang dihantar tadi, kemudian
menekan button kiri untuk membuka email yang diterimanya. Dia yakin
email yang diterimanya adalah daripada adalah daripada bakal imam yang
dirinduinya.
Assalamualaikum.
Menemui Natasya yang dikasihi,
Selamat
ulang tahun saya ucapkan kepada kamu. Perlahan benar rasanya melalui
tahun kedua kita. Tetapi ini merupakan satu pengalaman yang baik bukan
untuk mengajar kita bahawa jauh itu tidak bererti jauh dari hati bukan?
Apa pun, yang sebenar-benar perlu dirindui adalah rahmat Cinta Ilahi,
moga-moga kita bakal disatukan bila tamat tempoh kejauhan ini. Amin.
Terimalah lagu ini khas buat awak.
ikhlas, Zaiful
Tanpa membuang masa, Natasya
terus memuat turun file yang dilampirkan bersama email itu. Sebaik
selesai sahaja memuat turun. Terus dia memilih option Open File dan
terus berkumandang lagu yang dikirimkan buatnya itu.
Yang tulus ikhlas | Ingin sekali sekala dirinya dibalas | Walau hanya dengan dakapan di angin lalu
Yang selalu memberi | Ingin sekali sekala jadi penerima | Cukup dengan salam dan manis doa
Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta | Dan leburkan saja serpihan calar derita
Natasya tersenyum. Kata-kata
dalam bait lirik lagu ibarat kata-kata yang diluahkan Zafrul. Dia tahu
yang lelaki itu tak berani meluahkan melalui ucapannya, atau tulisannya,
tapi dikirimkan sesuatu untuk menjadi luahan perasaan buat Natasya.
Belum pernah Natasya berjumpa insan seistimewa Zafrul, kata yang terluah
itu penuh dengan pesanan buatnya.
*****************************************
Natasya mendengar dengan penuh
sayu, mendalami lagu yang menjadi trademark kisah dia dan Zaiful. Lagu
yang pernah dihadiahkan kepadanya pada hari ulangtahunnya yang lalu.
Lagu ini punya kisahnya yang tersendiri. Bagaimana dua jiwa yang
menginginkan cita-cita, memilih untuk pergi dan berpisah seketika, dan
kemudiannya kembali menyatu kasih. Benar-benar cocok dengan kisah dia
dan Zaiful. Dia dengan ijazah luar negerinya, manakala Zaiful dengan
tugasan luar negara juga, yakni seorang wartawan yang ditugaskan diluar
negara.
Sepanjang tempoh mereka
berjauhan, tiada kata diluah seperti pasangan lain yang berlumba-lumba
meluah rasa kepada buah hati masing-masing.
"Kenapa awak tak pulang-pulang
Zafrul? Adakah kerana saya gagal untuk tampil pada tarikh janji kita
awak pilih untuk melupakan saya?" Natasya sebak bila dia hadir ke tempat
yang sepatutnya mereka bertemu. Dia sedih kerana Zafrul tidak hadir
pada hari perjanjian mereka sepatutnya dimuktamadkan.
*****************************************
Berlalu
sudah janji yang diikat empat tahun yang lalu. Namun, Zaiful belum
mahu menonjolkan dirinya. Natasya masih menanti. Benar kata orang, hati
bila sudah terpaut, jangankan berbulan, bertahun, malah seumur hidup
juga bisa dihabiskan dengan menanti yang tersayang kembali kepada diri.
Natasya memilih untuk membawa diri ke luar negara.
"Hye, Natasya how are you? Still remember me? " Akasya menyoal.
"Eh, Akasya. what a considence meeting you here. What are you doing here? "
"Actually im doing my PhD here. And you?"
"Umm. nothing. Just come in to relax my mind."
"Are you married? "
"Not yet, and you? "
"Im married to Afeefa. Our classmate, still remember her? "
"What? wowww. its a surprise. Do i have any niece or nephew? "
"We have 3. ehhe. " Sambil
tersenyum. Belum sempat Natasya berkata-kata, Akasya menambah pula, "You
know what? suddenly im starving nasi minyak. When is yours? "
"Married? errr..."
"Something went wrong?"
"Umm nothing...."
*****************************************
Seminggu di luar negara, Natasya kembali ke tanah air. Sesuatu yang mengejutkan menantinya di tanah air.
Sesampainya di Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur, Natasya seperti terperasan sesuatu, bayangan
seperti seseorang yang dirinduinya. Natasya terintai-intai bayangan itu.
Dari belakang, memang menyerupai insan yang paling dirinduinya, Zafrul.
Natasya bergerak laju dari lelaki berkenaan, sekarang dia berada di
hadapan lelaki itu pula.
Memang sah , itu adalah Zafrul.
Natasya tidak dapat menahan
dirinya lagi, dia menunggu sehingga lelaki itu kedepan melepasinya,
seperti tidak tertahan, Natasya menarik tangan lelaki berkenaan.
"Zafrul........". Kerinduan yang
tidak dapat tertahan lagi. 3 tahun mengikat janji bersama 3 tahun lagi
kehilangan perit yang perlu dihadapinya.
Terpisat-pisat lelaki itu
memerhatikannya. Penuh tanda tanya baginya. Kenapakah wanita ini menarik
tangannya, sedang dia tidak langsung pernah bertemu malah kenal dengan
wanita ini. Seraya bertanya "Siapa awak?"
"Zafrul? Awak tak kenal saya? " Air mata berjujuran dari matanya.
"Zafrul? Saya bukan Zafrul. Saya Zafri. " Balas lelaki itu lembut.
"Mana mungkin, Wajah awak saling tak tumpah macam Zafrul" Natasya masih mahu menegakkan kata-katanya.
Akhirnya, terdedahlah kenapa
Zafrul tidak hadir menyambutnya ketika tarikh janji itu sepatutnya
dinoktahkan. Rupanya dia sudah pun pergi menemui Ilahi ketika tibanya
tarikh itu. Pada masa itu, dia sedang dalam perjalanan menemui Natasya,
tapi dia terlibat dalam satu kemalangan, dia koma dan meninggal setahun
kemudian.
*****************************************
Rupanya Zafri adalah kembar
Zafrul. Dan Zafri pernah cuba mencari Natasya, tetapi tidak bertemu
sejak sekian lama. Namun ALLAH itu Maha Mengetahui, tidak diberatkan
ujian keatas umatnya melainkan dengan kesanggupannya. Dipertemukan
Natasya hari ini, setelah Natasya bersedia untuk menerima hakikat
sebenar penantiannya. Hari ini , Natasya dapat juga mengenggam warkah
terakhir arwah Zafrul yang diserahkan kepada Zafri setelah sekian lama
untuk diberikan kepadanya.
Assalamualaikum awak,
Tika
awak membaca warkah ini, saya sudahpun tiada kerana sudah menemui Yang
Esa kerana sudah tiba masa saya dikembalikan kepadanya.
Seperti pesanan saya suatu masa
dulu, tiada yang akan kekal di muka bumi ini bukan. Sepertimana
firmannya dalam surah Al-Anbiyaa ayat 35, "Tiap-tiap yang berjiwa akan
merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan
sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu
dikembalikan. "
Percayalah bahawa ini bukan
sesuatu yang buruk, tapi adalah cubaan yang diberikan kepada kamu.
Bangkitlah dari kesedihan dan capailah impian kamu bersama bakal imam
kamu. Kita semua adalah Milik ALLAH.
Ini sebabnya kenapa saya tak
berani berjanji dulu awak. Kerana kita tidak tahu bukan bila kita akan
diambil, sebab itu saya jauhkan kita sebanyak-banyak agar hati tidak
terpaut pada sesama kita kerana saya taknak awak atau saya terlalu
rindukan seseorang yang bukan halal bagi kita. Ianya perit awak bila
difikirkan, tapi ia sudah termaktub sejak dari dulu lagi.
"Kami telah menentukan kematian di antara kamu dan Kami sekali-kali, tidak dapat dikalahkan" (Al Waaqi’ah : 60)
Jaga diri awak.
-Zafrul
"Sabarlah, DIA lebih sayangkan Zafrul. "
*****************************************
Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan
Penantian yang bukan tidak
pasti, tapi sebenarnya si dia sudahpun pergi menemui Ilahi. Juga pada
hari mereka berkira-kira untuk bersama. Ketika janji sudah tiba due-date
nya. Tempoh yang diikat akhirnya menemui noktahnya, namun apakan daya,
sepertimana yang kita tahu, jodoh pertemuan, ajal dan maut adalah
rahsianya, tidak pula kita diberikan kelebihan meneka, atau meramal apa,
siapa dan bila kita akan menemui semuanya.
Natasya tidak dapat menahan
sebaknya namun redha dengan ketentuannya. Kerana sudah termaktub buat
mereka yang ini merupakan pengakhiran nya.
*************Tamat************